Thursday 4 December 2014

Tagged Under:

kata Ganda

By: Unknown On: 09:13
  • Let's Get Social
  • Selamat Datang Ke Blog Nooruslaini.

    Semoga segala yang terdapat diblog ini dapat menyuntik sedikit pengetahuan ...
    Pembentukan Kata Ganda Menurut Abdullah Hassan (2006), penggandaan adalah satu proses yang mengulang kata dasar. Pengulangan itu boleh berlaku kepada seluruh atau sebahagian daripada perkataan. Bentuk perkataan yang diulang itu dipanggil dasar, dan bentuk ulangan itu dipanggil gandaan. Lazimnya bentuk dasar terletak di depan. Menurut Asmah Hj.Omar (2009) pula, menyatakan bahawa gandaan adalah kata yang dihasilkan oleh penggandaan. Penggandaan didefinisikan sebagai proses mengulangi sesuatu perkataan, seluruhnya atau pada bahagian-bahagian tertentu. Dalam penggandaan pada bahagian-bahagian tertentu, maka pengulangan berlaku pada unsur kata yang berkenaan, dan unsur ini boleh merupakan suku kata (satu atau lebih) atau rentetan bunyi-bunyi (vokal dan/atau konsonan) yang tidak bertaraf suku kata. Selain itu, menurut Asraf (2007), kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Bagi Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2011) pula, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan serentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

    0 comments:

    Post a Comment